Ab Rauf Calon Nombor Dua DUN Tanjung Bidara

TANJUNG BIDARA, 31 Okt -Pegawai Pengurus bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Tanjung Bidara, Datuk Saifuddin Abdul Karim telah  memaklumkan menerima kertas penerimaan calon bagi DUN Tanjung Bidara pada jam 10.00 pagi.

Calon telah mengemukakan kertas-kertas penerimaan pada yang ditetapkan. Pusat-pusat mengundi telah dimaklumkan pada notis pilihan raya yang akan diwartakan dan dipamerkan di pusat mengundi yang telah ditetapkan.

“Saya menerima borang pencalonan dari Ab Rauf (9. 03pagi) dan pada pukul (9. 08)pagi.

“Saya telah menyemak kertas pencalonan dan berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak kertas penamaannya,” katanya ketika mengumumkan perkara berkenaan di pusat penamaan calon di Dewan Datuk Hj Ab. Karim, Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara di sini hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara, berada dikedudukan nombor dua dalam kertas undi. Manakala calon PH Mohd Yunazri Mustamiri di nombor satu. Terdapat dua orang yang mencalon bagi kerusi tersebut.

Untuk rekod, BN Melaka mempertaruhkan 21 calon bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 687,697 pemilih berdaftar yang layak mengundi bagi PRN Melaka ke-16, berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan April 2026 yang diwartakan pada 14 November lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Nov sebagai hari mengundi bagi PRN Melaka manakala undi awal pada 10 Nov.

Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11.59 malam 9 Nov(Jumaat). – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO