Nak Sertai UMNO? Jemput Datang Ke WTC!
KUALA LUMPUR, 10 Sept – Berminat untuk menyertai UMNO dan menjadi sebahagian daripada perjuangan parti keramat orang Melayu?
Jemput hadir ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan keahlian UMNO serta urusan pendaftaran sebagai ahli.

UMNO sentiasa membuka ruang kepada anak muda dan seluruh rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama menyumbang tenaga, idea serta khidmat bakti dalam memperkukuh parti dan negara.
Setakat jam 11 pagi, tinjauan UMNO Online mendapati reruai Keahlian UMNO yang terletak di Aras 2, WTC Kuala Lumpur, mendapat sambutan daripada segenap lapisan masyarakat.
Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 ini, kaunter keahlian ini dibuka bermula semalam hingga 12 September, Sabtu nanti dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Selain urusan pendaftaran keahlian baharu, reruai berkenaan turut menyediakan perkhidmatan pembaharuan dan pembuatan kad keahlian bagi memudahkan ahli sedia ada serta bakal ahli mendapatkan kad masing-masing.
Kewujudan reruai ini sekali gus memberi kemudahan kepada ahli dan bakal ahli untuk mendapatkan maklumat berkaitan keahlian, selain menyelesaikan sebarang urusan atau isu berkaitan keahlian UMNO.

Jangan sekadar menjadi pemerhati. Datang, kenali UMNO dengan lebih dekat dan sertai perjuangan bersama dalam membela agama, bangsa serta tanah air.
Jemput datang ke WTC dan jadilah sebahagian daripada keluarga besar UMNO. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
