Pra-PAU 2026: UMNO Jemput Keluarga Besar, Orang Ramai Hadir Dua Program Utama

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menjemput seluruh keluarga besar UMNO serta orang ramai untuk hadir ke program Pra-Perhimpunan Agung UMNO 2026 (Pra-PAU 2026) yang akan berlangsung bermula esok, Selasa, 8 September 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Beliau berkata, Pra-PAU 2026 melibatkan dua program utama iaitu Program Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia 2.0 dan Konvensyen Pendidikan Melayu 2026.

“Insya-Allah bermula esok, Selasa 8 September 2026, akan berlangsung program Pra-PAU 2026 di WTCKL bagi Program Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia 2.0 dan Konvensyen Pendidikan Melayu 2026,” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua program berkenaan menjadi wadah penting untuk percambahan ilmu, pandangan dan gagasan dalam memperkukuh agenda agama, pendidikan serta masa depan anak bangsa.

“Saya menjemput seluruh keluarga besar UMNO dan juga orang ramai untuk hadir bersama-sama ke dua program utama yang menjadi wadah penting untuk percambahan ilmu, pandangan dan gagasan dalam memperkukuh agenda agama, pendidikan serta masa depan anak bangsa,” katanya.

Beliau turut mengajak orang ramai agar tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama dalam program berkenaan.

“Semua dijemput hadir dan jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama,” katanya.

Kehadiran boleh didaftarkan dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster tentatif program-program Pra-PAU 2026. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO