Skuad Sayang 3K Kebangsaan Siap Siaga Hadapi PAU 2026

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Skuad Sayang 3K Kebangsaan kini berada pada fasa akhir persiapan bagi memastikan segala gerak kerja dan tugasan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU 2026) dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Komandan Skuad Sayang 3K Kebangsaan, Hisham Suhaily Othman, berkata persiapan terakhir itu dimuktamadkan menerusi mesyuarat penyelarasan Skuad Sayang 3K Kebangsaan yang dipengerusikan Setiausaha Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Sohar, semalam.

“Mesyuarat berkenaan membincangkan serta menyemak pelbagai perkara berkaitan tugasan dan peranan pasukan bagi memastikan setiap anggota memahami tanggungjawab masing-masing sepanjang berlangsungnya PAU 2026,” katanya.

Menurut beliau, penyelarasan tersebut penting bagi memastikan gerak kerja pasukan dapat dilaksanakan secara tersusun, selain membolehkan sebarang keperluan dan perkara berbangkit diberi perhatian lebih awal.

PAU 2026 yang menghimpunkan kepimpinan dan perwakilan UMNO dari seluruh negara memerlukan kerjasama serta komitmen pelbagai pihak bagi memastikan perjalanan perhimpunan berlangsung dalam suasana teratur dan lancar.

Sehubungan itu, Skuad Sayang 3K Kebangsaan terus memberikan komitmen dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, khususnya berkaitan khidmat sokongan dan kebajikan sepanjang PAU 2026.

Hisham berkata, beliau berharap segala perancangan yang telah disusun dapat dilaksanakan dengan sebaiknya menerusi kerjasama dan komitmen seluruh anggota Skuad Sayang 3K Kebangsaan.

“Insya-Allah, dengan persiapan yang telah dibuat serta kerjasama semua pihak, kita berharap segala gerak kerja sepanjang PAU 2026 nanti dapat berjalan lancar,” katanya.- UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO