Onn Hafiz Iringi Pemangku Sultan Johor Santuni Rakyat di Muar

MUAR, 20 Jun — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengiringi DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Muar, Tangkak dan Segamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor di Dataran Tanjung Emas, hari ini. Majlis turut dihadiri barisan kepimpinan negeri, penerima pingat kebesaran serta masyarakat setempat dalam suasana penuh kemeriahan dan muhibah.

