Laporan Polis Berhubung Isu Penangguhan Pelaksanaan Tahanan Rumah Datuk Seri Najib

PONTIAN 7 Nov–Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan bersama Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Mohd Sumali Reduan, Naib Ketua Bahagian, Jamaludin Abd Majid serta pimpinan akar umbi UMNO Pontian hadir membuat laporan polis berhubung isu penangguhan pelaksanaan tahanan rumah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Balai Polis Benut, Pontian, pada jam 12.30 tengah hari, Sabtu, 7 November 2026. Turut kelihatan Ketua Balai Polis Benut, SM Norazli Saleh.

