Pertemuan Bersama Timbalan Perdana Menteri Lubnan

ISTANBUL 7 Nov– ISTANBUL 6 Nov–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Lubnan, TYT Dr. Tarek Mitri, selepas selesai menyertai TRT World Forum 2026 di Istanbul semalam.
Malaysia dan Lubnan mempunyai hubungan persahabatan yang cukup istimewa, khususnya melalui penglibatan pasukan pengaman negara, MALBATT, sejak tahun 2007. Hampir dua dekad, anggota kita telah memainkan peranan penting dalam menyokong keamanan dan kestabilan di selatan Lubnan.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO