Peluncuran Unmanned Aircraft System (UAS) ANKA

LABUAN 16 Jun– Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyaksikan peluncuran Unmanned Aircraft System (UAS) ANKA di sini hari ini.
Tahniah kepada Panglima Tentera Udara dan seluruh warga TUDM atas kejayaan mengoperasikan UAS ANKA yang sekali gus memperkukuh keupayaan TUDM. UAS ANKA merupakan satu anjakan besar dalam memperkasa pertahanan dan kedaulatan negara, khususnya di Laut China Selatan.

