Pecah Tanah Fasiliti Pengecatan Badan Kenderaan

ALOR GAJAH 15 Jun–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh semasa hadir Majlis Pecah Tanah Fasiliti Pengecatan Badan Kenderaan (Painting Line) milik EP Manufacturing Berhad (EPMB) di HICOM Pegoh, Alor Gajah.
Projek bernilai RM200 juta ini merupakan fasiliti pengecatan badan kenderaan pertama yang dibangunkan oleh EPMB di Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai antara hab automotif yang semakin penting di negara ini. Projek ini juga menawarkan lebih 200 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan, khususnya dalam bidang automotif, kejuruteraan, automasi dan teknologi industri.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO