Pelancaran Program Edu-Bridge Dan Majlis Penyampaian Anugerah MARA-MISC Education Sponsorship Hybrid Programme

MASJID TANAH 15 Jun–Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkesempatan hadir ke Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Edu-Bridge dan Majlis Penyampaian Anugerah MARA-MISC Education Sponsorship Hybrid Programme (MESH-MISC). Inisiatif ini merupakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh agenda pembangunan modal insan Bumiputera berteraskan keperluan industri.
Melalui kerjasama strategik antara MARA dan MISC Berhad, seramai 50 pelajar lepasan MRSM akan menerima penajaan pendidikan dalam bidang Kejuruteraan Maritim melalui program MESH-MISC, dengan laluan kerjaya yang lebih jelas dan tersusun. Pada masa yang sama, lima buah MRSM iaitu MRSM Tun Ghaffar Baba, MRSM Alor Gajah, MRSM Terendak, MRSM Muar dan MRSM Bentong dipilih sebagai sekolah perintis (pilot school) di bawah Program MARA-MISC Edu Bridge.

