Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar Dan Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran Mara-YPM

MASJID TANAH 12 Jun–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyantuni lebih 1,200 pelajar hebat SMK Sultan Alauddin dalam Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar dan Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran Mara-YPM di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said.
Program ini bukan sekadar sesi motivasi atau majlis penyerahan bantuan persekolahan. Lebih besar daripada itu, ia merupakan manifestasi komitmen Kerajaan Negeri bersama agensi-agensi kerajaan dalam memastikan tiada anak Melaka tercicir daripada menikmati peluang pendidikan yang berkualiti. Pendidikan adalah pelaburan terbaik untuk membina masa depan negeri yang lebih maju, berdaya saing dan makmur.

