Penyerahan Suratan Hak Milik FELDA Rentam Kepada 62 Orang Peneroka

BERA 10 Jun–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan Suratan Hak Milik FELDA Rentam kepada 62 orang peneroka FELDA Rentam dalam satu majlis yang berlangsung di Majlis Daerah Bera.
Penyerahan suratan hak milik ini merupakan bukti komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan kebajikan serta masa depan warga peneroka FELDA terus terbela, sekali gus menghargai segala pengorbanan dan usaha keras mereka dalam membangunkan tanah rancangan serta menyumbang kepada kemajuan negeri.
Alhamdulillah, sehingga kini seramai 42,894 orang atau 99.5 peratus peneroka FELDA di Negeri Pahang telah menerima hak milik masing-masing.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO