Menyampaikan Bantuan Bakul Kasih Johor

PASIR GUDANG 9 Jun–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bergambar bersama penerima selepas menyampaikan bantuan bakul makanan, Bakul Kasih Johor kepada masyarakat sempena Majlis Sambutan Hari Ibu Bapa di Johor Jaya yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni, selain turut menyampaikan bantuan sama kepada beberapa keluarga yang memerlukan ketika merasmikan Dewan Kuil Sri Maha Muniswarar di Desa Cemerlang, Ulu Tiram hari ini.

