Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pandan

PANDAN 8 Jun — Datuk Mohd Nizar Najib menjalankan amanah mewakili YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden UMNO Malaysia, bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pandan. Tahniah kepada UMNO Bahagian Pandan di bawah pimpinan Ketua UMNO Bahagian Pandan, YBhg. Datuk Jamaluddin bin Ropa, yang terus komited memperkukuhkan organisasi parti dan menggerakkan jentera di peringkat akar umbi. Semangat kebersamaan dan kesetiaan yang ditunjukkan menjadi asas penting dalam memastikan UMNO terus mendapat kepercayaan rakyat.

