Kursus Asas Mobilasi Pahang 1st

BENTONG 6 Jun — Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Kursus Asas Mobilisasi Pahang 1st bagi peserta dari UMNO Bahagian Raub dan UMNO Bahagian Bera yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik.
Kursus ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan jentera parti melalui pembentukan disiplin, semangat kerja berpasukan, kepimpinan serta kemahiran mobilisasi yang lebih tersusun dan berkesan

