Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak 2026

IPOH 4 Jun–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad semasa hadir merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak 2026 yang membawa tema “Hutan dan Ekonomi”.
Merujuk kepada data, 48% keluasan tanah di Perak masih dilitupi kawasan berhutan, manakala kira-kira 988,723 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal.
Pada tahun lalu sahaja, Kerajaan Negeri turut mewartakan tambahan 1,259 hektar kawasan baharu sebagai Hutan Simpanan Kekal.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO