๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐๐ฎ๐š๐ญ ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐€๐“๐Œ ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐“๐•๐„๐“

PUTRAJAYA 4 Jun–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyempurnakan Majlis Kerjasama Strategik antara Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Perdana Putra hari ini.
Kerjasama ini merupakan komitmen Kerajaan untuk memperluaskan akses kepada latihan kemahiran, peningkatan kemahiran, latihan semula serta peluang pekerjaan yang lebih tersusun kepada bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya dalam sektor pengangkutan.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO