Kunjung Hormat Daripada Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia

KUANTAN 3 Jun–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerima kunjung hormat daripada Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris bersama pegawai di sini hari ini.
Kunjungan ini memberi ruang untuk bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan kepentingan negeri dan negara, termasuk aspek keselamatan, pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO