Menyampaikan Inisiatif Bakti Negeri Pahang

RAUB 31 Mei–Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal menyampaikan inisiatif Bakti Negeri (BN) Pahang di Kampung Lechar untuk kawasan Dewan Negeri Dong di sini hari ini.
225 bakul makanan berjaya diagihkan kepada ketua isi rumah di dalam kampung ini. Inisiatif BN Pahang ini merupakan satu bukti keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang kepada rakyat negeri ini khususnya di daerah Raub.

