Pertemuan Dengan Delegasi Desan Shipyard

ISTANBUL 21 Mei–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dengan delegasi Desan Shipyard, sebuah syarikat perkapalan Türkiye, yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Desan Shipyard Mr. Cenk İsmail Kaptanoğlu dalam lawatan kerja ke Republik Türkiyedi sini hari ini.
Desan Shipyard mempunyai kepakaran dalam pembinaan, pembaikan, pengubahsuaian dan naik taraf kapal mengikut piawaian global.

