Pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st

KUANTAN 20 Mei–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st merebut Piala Al-Sultan Abdullah 2026 di Stadium Darul Makmur hari ini.
Tahniah dan syabas kepada Majlis Belia Negeri Pahang selaku penganjur yang berjaya merealisasikan satu kejohanan bola sepak akar umbi berskala besar melibatkan 112 pasukan dari seluruh negeri Pahang.

