Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR 19 Mei — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Haji Hasan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas limpah perkenan menerima menghadap di Istana Negara semalam.Dalam sesi menghadap tersebut, Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan naskhah cetakan semula Perlembagaan Persekutuan serta teks terjemahan Perlembagaan Persekutuan oleh Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara.

