Pelancongan Tak Harus Kejar RM Semata, Pelihara Nilai Moral Dan Agama – Tengku Azman
KUALA LUMPUR, 6 Mei – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, menegaskan bahawa keuntungan ekonomi tidak seharusnya menjadi satu-satunya ukuran dalam menilai sesuatu penganjuran pelancongan.
Beliau berkata demikian sususlan penganjuran Rave Water Festival 2026 yang dilaporkan meraih hasil sekitar RM200 juta.
Bidas Tengku Azman, Malaysia masih mempunyai banyak alternatif pelancongan yang lebih sesuai dan selari dengan budaya serta nilai tempatan.

“Bukan semua perkara boleh diukur dengan nilai RM. Apa guna jana ratusan juta jika akhlak masyarakat semakin rosak dan perkara bertentangan dengan nilai agama dinormalisasikan,” tegasnya.
Menurut beliau, sektor pelancongan negara tidak perlu bergantung kepada acara berbentuk pesta semata-mata, sebaliknya boleh diperkukuh melalui tarikan budaya, alam semula jadi dan hiburan yang lebih sihat.
“Pelancongan tidak semestinya melalui pesta seperti ini. Malaysia masih boleh tarik pelancong dengan budaya, alam semula jadi dan hiburan yang lebih sihat.
“Kami tidak menggalakkan program sebegini. Namun jika mahu juga dilaksanakan, buatlah di tempat sesuai dan tertutup seperti water park atau kawasan khas terkawal.
“Dalam Islam, bukan soal duit semata-mata, tetapi halal, haram, dosa dan pahala juga perlu dijaga,” tambah beliau lagi. – UMNO Online
