Penyerahan Rumah Di bawah Program Melaka Rumahku Bina Baharu

MASJIDA TANAH 25 April–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hadir ke majlis penyerahan rumah di bawah Program Melaka Rumahku (PMR) Bina Baharu kepada Encik Ramli Hasan di Kampung Solok Pengkalan Balak.
Rumah bina baharu di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kerajaan Negeri Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM) ini adalah bagi membantu menggantikan rumah asal Encik Ramli sekeluarga yang musnah dalam kebakaran pada 8 Januari 2026 yang lalu.

