Sampaikan Sumbangan Kerajaan Negeri

KUANTAN 22 April–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima daripada 44 orang wakil dan penerima berjumlah RM1,073,736 di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), KotaSAS hari ini.
Sumbangan ini merupakan bukti jelas bahawa Kerajaan Negeri Pahang sentiasa prihatin serta komited dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terbela, khususnya dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

