Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sabah

KOTA KINABALU 15 April–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah bersama Kerajaan Negeri Sabah di sini hari ini. Mesyuarat ini adalah satu langkah penting bagi mempercepatkan penyampaian kemudahan projek bekalan air kepada rakyat luar bandar di negeri ini.
Langkah ini merupakan satu ‘game changer’ yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan diselaraskan melalui KKDW bersama Kerajaan Negeri Sabah. Melalui usaha ini, pelaksanaan projek BALB dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, tersusun dan berimpak tinggi demi manfaat rakyat di Sabah.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO