Meninjau Perkembangan Terkini Projek Pembinaan Jalan

JELEBU 16 April–Exco Kanan Datuk Seri Jalaludian Alias meninjau perkembangan terkini Projek Pembinaan Jalan yang menghubungkan Gagu ke Broga/Beranang, bertempat di tapak projek Kg. Chenderak hari ini.
Projek ini merupakan antara agenda penting kita untuk memperkukuh sistem perhubungan jalan raya di daerah Jelebu. Apabila siap kelak, laluan ini bukan sahaja akan memendekkan masa perjalanan dan memberi keselesaan kepada penduduk setempat, malah bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta sektor pelancongan di kawasan sekitar.

