Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar

KUCHING 14 April–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahdi Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bersama Kerajaan Negeri Sarawak.
Langkah ini merupakan satu ‘game changer’ yang digerakkan di peringkat pusat melalui KKDW bagi memastikan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar dapat diperkemas dan diselaraskan dengan lebih berkesan di negeri Sarawak ini.

