Menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung PIBG

REMBAU 9 April–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Ahli Parlimen Rembau menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung PIBG Sekolah2 Menengah, Sekolah2 Kebangsaan, Sekolah2 Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah2 Jenis Kebangsaan Tamil dalam DUN Rantau yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Rantau.
Majlis ini menjadi ruang untuk menghargai peranan PIBG, guru-guru dan ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak terus menjadi keutamaan.
Turut diraikan pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam seperti STPM, SPM dan UPKK.
Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak Rantau yang telah mengharumkan nama keluarga, sekolah dan daerah.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO