Menyampaikan Peruntukkan Dana Kreatif Perak@PORT

IPOH 8 April–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan peruntukkan Dana Kreatif Perak@PORT kepada penerima di sini hari ini.
Untuk edisi kali ini, sebanyak 123 projek diluluskan daripada 221 permohonan, melibatkan peruntukan hampir RM400,000.
Mereka terdiri daripada penggiat seni visual, muzik, dan persembahan.

