Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara

KUALA LUMPUR 7 April–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) yang baharu, Mejar Jeneral Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar di Wisma Pertahanan, hari ini.
Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah JLKN berkuat kuasa 1 April 2026, membawa pengalaman luas dalam bidang latihan yang akan memperkukuh lagi pelaksanaan PLKN 3.0.

