Makan Malam Bersama Komuniti Perniagaan Belgium-Luxembourg Melalui BeluxCham Malaysia

KUALA LUMPUR 6 April–Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bergambar bersama semasa menghadiri majlis makan malam bersama komuniti perniagaan Belgium-Luxembourg melalui BeluxCham Malaysia, satu platform penting untuk memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia–Kesatuan Eropah serta meneroka peluang kerjasama baharu berimpak tinggi.
Kami berkongsi perkembangan terkini rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia–EU (MEUFTA) yang kini menunjukkan kemajuan positif, di samping menegaskan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama, disokong oleh prestasi pelaburan tertinggi negara, kepimpinan dalam ekonomi digital, serta keupayaan logistik dan rantaian bekalan yang kukuh.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO