Kunjungan Hormat Duta Besar Czech Republic ke Malaysia

KUALA LUMPUR 7 April–Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Czech Republic ke Malaysia TYT Juraj Koudelka di sini hari ini. Ia mencerminkan hubungan dua hala yang semakin kukuh, dengan jumlah perdagangan meningkat 60.6% kepada RM6.16 bilion pada tahun 2025, dipacu terutamanya oleh sektor elektrik dan elektronik (E&E).

