Persidangan Akademik Antara Tamadun 2026


KUALA LUMPUR 3 April — Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) merasmikan Persidangan Akademik Antara Tamadun 2026 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang menghimpunkan sarjana dari Universiti Oxford, Universiti Peking dan Universiti Fudan dalam satu wadah dialog merentas peradaban. Persidangan ini turut melibatkan beberapa nama besar dalam bidang ini iaitu Rektor UIAM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar; Setiausaha Agung Pejabat Mufti Besar Kesultanan Oman, TYT Sheikh Ahmed Saud Al-Siyabi; dan Profesor St. Antony’s College Universiti Oxford, Prof. Raihan Ismail serta beberapa para penggiat ilmu yang lain.

