Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan

SEREMBAN 1 April–Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaludin Alias mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan bagi Bilangan 1 untuk tahun 2026 di sini hari ini.
Mesyuarat pertama bagi tahun ini amat penting sebagai wadah untuk menyusun semula gerak kerja, memperkukuh organisasi, dan membincangkan hala tuju parti di peringkat negeri. Fokus utama kami kekal konsisten—iaitu memperjuangkan nasib rakyat dan memastikan kestabilan politik di Negeri Sembilan terus terpelihara.

