Lawatan Kerja Ke SD Guthrie Berhad

𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗖𝗔𝗥𝗘𝗬 30 Mac–Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mengadakan lawatan kerja ke SD Guthrie Berhad di sini hari ini. Lawatan ini membuka ruang untuk melihat dengan lebih dekat keseluruhan rantaian industri minyak sawit negara daripada sektor huluan sehinggalah ke peringkat hiliran. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

