Nurul Amal Sempurnakan Perasmian Serentak Cawangan UMNO Pasir Salak, Seru Perkukuh Perjuangan

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Cawangan Serentak UMNO Bahagian Pasir Salak dalam satu acara yang berlangsung dengan penuh semangat dan kehadiran jentera parti dari pelbagai peringkat.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Khairul Azwan Harun bersama dengan barisan kepimpinan bahagian termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tempatan.

Nurul Amal turut menyampaikan amanat kepada seluruh jentera parti agar terus memperkukuh perpaduan dan komitmen dalam memperjuangkan agenda parti.

Menurut beliau, kekuatan akar umbi merupakan tunjang utama dalam memastikan kelangsungan perjuangan UMNO.

“Semangat perjuangan ini perlu sentiasa diperkukuh demi agama, bangsa dan tanah air. Kita harus kekal bersatu dan bekerja dengan lebih gigih bagi menghadapi cabaran semasa,” katanya.

Terdahulu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 26 Februari lalu telah memaklumkan bahawa Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan akan diadakan bermula 1 April hingga 17 Mei 2026 manakala Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 1 Jun hingga 12 Julai 2026.

Perhimpunan Agung UMNO pula akan diadakan pada 12 Ogos sehingga 16 Ogos 2026. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO