Semoga Sambutan Aidilfitri Terus Perkukuh Perpaduan Di Kalangan Rakyat
KUALA LUMPUR, 27 Mac – Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap agar sambutan Aidilfitri menjadi platform untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO telah berkesempatan untuk beramah mesra bersama para tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Pasir Gudang.

“Di sebalik kemeriahan Aidilfitri, yang paling bermakna ialah saat kita dapat kembali berkumpul sebagai satu keluarga besar.
“Alhamdulillah, dapat bersama para tetamu dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2026/1447H UMNO Bahagian Pasir Gudang bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas di Puncak Kasih, Bukit Layang-Layang,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya.
Tambahnya, suasana tersebut lebih bermakna kerana penuh harmoni dan ukhuwah sempena bulan Syawal yang mulia ini.

“Lebih bermakna apabila dapat beramah mesra dan bertukar khabar dalam suasana penuh harmoni serta ukhuwah sempena Syawal ini.
“Semoga sambutan seperti ini terus mengeratkan silaturahim, menyuburkan semangat kebersamaan dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya lagi. – UMNO Online
