Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara

PUTRAJAYA 25 Mac–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut bersama dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 3/2026 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim bagi meneliti perkembangan geopolitik semasa serta implikasinya terhadap ekonomi dan keselamatan negara di sini hari ini.
Dalam mesyuarat ini, tumpuan diberikan kepada tekanan ekonomi global susulan konflik di Asia Barat serta langkah-langkah segera yang perlu diambil bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.
