Ahmad Jazlan Santuni Asnaf Dan Murid Sekolah Menjelang Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob menyempurnakan Majlis Penyampaian Zakat kepada 127 ketua keluarga asnaf serta sumbangan duit raya kepada 297 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Jenereh.

Menurutnya, program berkenaan merupakan sebahagian usaha membantu golongan memerlukan, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Zakat kepada 127 orang Ketua Keluarga Asnaf bagi murid SK Pangkal Jenereh serta Sumbangan Duit Raya kepada 297 orang murid sekolah berkenaan.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban keluarga asnaf serta menceriakan murid-murid dalam menyambut Hari Raya yang bakal tiba,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ahmad Jazlan berkata, bantuan tersebut diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada murid-murid serta membantu keluarga mereka membuat persiapan menjelang Aidilfitri dan usaha membantu golongan kurang berkemampuan akan terus diberi perhatian agar kebajikan masyarakat sentiasa terbela.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang turut berkesempatan menyantuni masyarakat setempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Temangan.

Beliau meluahkan rasa syukur apabila dapat bertemu dan bertanya khabar dengan warga sekolah serta keluarga murid dalam satu sesi penyerahan zakat kepada ketua-ketua keluarga asnaf murid di sekolah berkenaan.

“Syukur kito boleh bertanya khabar di SK Temangan hari ini. Selesai sesi penyerahan zakat buat ketua-ketua keluarga asnaf murid-murid di SK Temangan.

“Bukan nilai itu yang menjadi ukuran, tetapi keikhlasan kita untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua,” ujarnya.

Beliau berharap sumbangan yang disalurkan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga asnaf selain mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO