Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI

KUALA LUMPUR 16 Mac–Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim semasa hadir pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada pelajar Politeknik Nilai dan Politeknik Port Dickson sempena Majlis Iftar PTPTN Bersama Media. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Khalid, bersama barisan pengurusan PTPTN.
Melalui inisiatif ini, PTPTN telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM36,000 kepada 72 orang pelajar asnaf daripada kedua-dua institusi berkenaan. Setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara one-off yang dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Bantuan ini bertujuan membantu pelajar menangani cabaran kewangan serta memberikan sokongan tambahan sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT.

