Kunjungan Hormat Duta Besar Indonesia Ke Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Mac–Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Indonesia ke Malaysia TYT Raden Dato’ Mohammad Iman Hascarya Kusumo di sini hari ini .
Pertemuan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Indonesia, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi. Kami turut membincangkan potensi kerjasama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, pusat data dan ekonomi kreatif, serta perkembangan pembangunan Ibu Kota Nusantara yang membuka peluang pelaburan baharu di rantau ini.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO