JIMAT: Usaha Penting Pastikan Kebajikan, Kesejahteraan Warga ATM Terus Diberi Perhatian
KUALA LUMPUR, 17 Mac – Jualan Istimewa Madani Angkatan Tentera (JIMAT) merupakan salah satu usaha penting untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga terus diberi perhatian.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa PERNAMA kini dilantik sebagai rakan niaga Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), untuk memudahkan warga ATM mendapatkan barangan keperluan harian.

“Berkesempatan meninjau Program Jualan Istimewa Madani Angkatan Tentera (JIMAT) anjuran Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) di Dewan Seroja, Kem Kementah.
“Sebagai agensi di bawah Kementerian Pertahanan, PERNAMA memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan runcit serta keperluan harian kepada warga ATM dan keluarga mereka.
“Dalam masa yang sama, PERNAMA kini dilantik sebagai rakan niaga Program SARA, membolehkan bantuan tersebut digunakan di 80 premis PERNAMA di kem tentera seluruh negara bagi memudahkan warga ATM mendapatkan barangan keperluan harian,” katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan bahawa Pasar Basah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menawarkan barangan segar pada harga berpatutan.

“Program JIMAT yang diadakan sempena persiapan Aidilfitri ini turut menawarkan pelbagai barangan keperluan pada harga penjimatan. Turut disediakan Pasar Basah PKPS yang menawarkan barangan segar seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran pada harga berpatutan kepada pengunjung.
“Usaha seperti ini penting dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga ATM serta keluarga mereka terus diberi perhatian,” katanya lagi. – UMNO Online
