Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 14 Mac — Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor merangkap Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama kepimpinan UMNO negeri.




