Majlis Berbuka Puasa bersama Belia Negeri Johor

JOHOR BAHRU 9 Mac–Menteri Besar johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama 1,500 anak muda dari seluruh Johor berhimpun dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Belia Negeri Johor, mencerminkan semangat kebersamaan serta komitmen generasi muda dalam menyumbang kepada pembangunan negeri.
Penyertaan belia daripada pelbagai daerah, organisasi dan latar belakang menunjukkan bahawa anak muda Johor semakin tampil ke hadapan sebagai rakan pembangunan negeri, bukan sekadar pemerhati. Tenaga, idea dan kepimpinan mereka amat penting dalam memastikan Johor terus melangkah maju serta membawa manfaat kepada seluruh Bangsa Johor.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO