Menyempurnakan Perasmian Masjid Baharu FELDA Jengka 19

MARAN 3 Mac–Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan berangkat menyempurnakan perasmian Masjid Baharu FELDA Jengka 19 serta Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat jelata.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku juga turut berkenan memasyhurkan masjid tersebut dengan nama Masjid Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, FELDA Jengka 19. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO