Menyampaikan Sumbangan Aidilfitri

KUALA LUMPUR 3 Mac–Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada asnaf kawasan Kg. Datuk Keramat di Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat serta berbuka puasa bersama penduduk dan ahli kariah di sini.
Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu persiapan perayaan mereka. Insya-Allah, komitmen untuk terus menyantuni dan membantu golongan yang memerlukan akan sentiasa menjadi keutamaan.

