Kunjungan Hormat Duta Besar Finland Ke Malaysia

KUALA LUMPUR 3 Mac–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Duta Besar Finland ke Malaysia, PYT Anne Vasara bersama delegasi di Wisma Pertahanan hari ini.
Sebagai sebuah negara Nordik yang mempunyai kekuatan dalam bidang keselamatan, teknologi dan inovasi, Finland menawarkan potensi kerjasama yang signifikan, khususnya dalam pembangunan keupayaan serta industri berteknologi tinggi.

