Kunjungan Hormat

KUALA LUMPUR 3 Mac–Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat daripada TYT Jacques Werner, Duta Besar Netherlands (Belanda) ke Malaysia. Pertemuan ini mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara.
Membincangkan usaha memperluas kerjasama dalam sektor bernilai tinggi termasuk logistik, teknologi pertanian moden dan pengurusan rantaian bekalan. Fokus diberikan kepada memperkukuh jaringan perniagaan dan menarik pelaburan berkualiti ke Malaysia.


KUALA LUMPUR 3 Mac–Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat daripada TYT Rafael Daerr, Duta European Union (Kesatuan Eropah) ke Malaysia.
Bertukar pandangan mengenai perkembangan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala, termasuk kemajuan perbincangan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia–Kesatuan Eropah, bagi memanfaatkan ekonomi bersama.


KUALA LUMPUR 3 Mac–Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat daripada TYT Gerhard Eisl, Duta Besar Austria ke Malaysia. Pertemuan ini membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala dalam sektor strategik.
Perbincangan tertumpu kepada peluang dalam teknologi industri, automasi serta sektor semikonduktor bersama elektrik dan elektronik (E&E), selaras dengan keutamaan industri negara.

