Ulang Tahun ke-60 MARA Disambut Bersama Ribuan Gen Huffaz Teknokrat MARA

KUALA LUMPUR 2 Mac — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disambut dengan pemandangan yang cukup menyentuh hati apabila ribuan Gen Huffaz Teknokrat MARA memenuhi ruang masjid ketika melangkah masuk ke Masjid Wilayah Persekutuan petang semalam. Hampir 10,000 Gen Huffaz berjaya dihimpunkan sempena ulang tahun ke-60 MARA melalui Perhimpunan Gen Huffaz Teknokrat MARA 2026. Sambutan berteraskan al-Quran, tadarus dan qiamullail ini membuktikan bahawa MARA bukan sahaja melahirkan profesional dan teknokrat, tetapi membina generasi berteraskan iman dan akhlak.

